Wednesday, January 25, 2012

Perlukah antioksidan tambahan untuk badan?

Sama ada sedar atau tidak, setiap hari kita bergelumang dengan bahan kimia bermula dari kita menggosok gigi, mencuci muka, bersabun dan bersyampu ketika mandi, menggunakan make-up, wangian, dan minyak rambut,  menghirup udara penghawa dingin dari dalam kereta dan udara  tercemar ketika di luar kenderaan.

Pengambilan makanan segera, air tin, air paip, makanan dalam tin, air bergas dan pelbagai makanan yg mengandungi pengawet. Kesibukan kita juga membuatkan kita tidak mengamalkan senaman, stress, merokok dan pengambilan ubat-ubatan  juga merupakan punca RADIKAL BEBAS.



Secara semulajadi, badan kita juga menghasilkan antioksidan dan dihasilkan dari pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran hijau.

Kepentingan Antioksidan

Antioksidan merupakan elemen yang diperlukan oleh badan untuk menghalang dan melindungi sel-sel badan daripada kerosakan oksidatif oleh radikal bebas yang lama-lama akan mengakibatkan masalah penuaan spt katarak, artritis dan juga Alzheimer dan pelbagai penyakit lain seperti kanser dan alahan (allergic).



Menurut Dr Ross Walker di dalam buku The Cell Factor, masalah krisis kesihatan zaman moden sekarang adalah disebabkan oleh dua faktor iaitu keracunan yang kronik dari pencemaran dan ‘kefakiran’ pemakanan berkhasiat (nutritional deficiency) dalam makanan dan sellular tubuh manusia.

 Hakikatnya makanan seharian dan kegemaran ramai... ayam, membesar dalam masa 40hari!!! Ramai yg maklum ayam2 ini disuntik hormon, betulkan? tempoh 40hari bermula dari ayam menetas dengan kuasa elektrik hinggalah ayam terhidang di meja makan kita! Bersyukurlah jika anda bukan penggemar ayam!!!


MAMPUKAH BADAN KITA MENAMPUNG KESEMUA RADIKAL BEBAS YANG WUJUD???

Mampukah kita mengelak radikal bebas... boikot makanan2 yg ada pengawet, pewarna tiruan dan antibiotik yg masukkan dalam makanan? huhu....